KOTA KINABALU, 1 Okt (Bernama) — Sehingga 6 Sept lepas, RM
1.641 bilion di bawah pelan pusingan pertama Rancangan Malaysia Ke-10 (RMK-10)
dibelanjakan untuk program pembangunan di Sabah, kata Ketua Menteri, Datuk Seri
Musa Aman hari ini.
Katanya, memandangkan RMK-10 masih berada pada fasa awal
pelaksanaannya, kerajaan negeri akan berusaha memastikan peruntukan di bawah
pelan pusingan pertama dibelanjakan sepenuhnya, khususnya bagi memenuhi
keperluan rakyat di negeri ini.
“Kerajaan negeri juga akan terus melipatgandakan usaha
membasmi kemiskinan, khususnya di luar bandar memandangkan ia turut menjadi
agenda utama kerajaan.
“Kita bersyukur kerana pelbagai program kerajaan yang
dijalankan telah berjaya mencapai sasaran mensifarkan jumlah ketua isi rumah
miskin tegar (KIRMT) pada penghujung tahun lepas,” katanya berucap pada
istiadat pengurniaan darjah dan pingat kebesaran negeri sempena hari jadi ke-58
Yang Dipertua Negeri Tun Juhar Mahiruddin di Istana Negeri di sini hari ini.
Musa berkata, sejumlah RM792.96 juta dibelanjakan di bawah
Inisiatif Pembiayaan Swasta (PFI) dengan jumlah pelaburan swasta yang diterima
dianggarkan berjumlah RM10 bilion, sementara jumlah pelaburan yang akan
diterima pada tahun depan dijangka meningkat 10 peratus berbanding tahun ini.
“Kita yakin bahawa jumlah komitmen pelaburan yang terus
menunjukkan trend peningkatan positif pada setiap tahun ini membuktikan
keyakinan pelabur terhadap kekukuhan asas dan prospek ekonomi, kestabilan
politik dan tahap keselamatan di negeri ini