TUARAN 12 Ogos - Sabah Electricity Sdn. Bhd. (SESB)
menganggarkan mengalami kerugian lebih sejuta ringgit akibat kecurian perkakas
penyambungan elektrik di pencawang elektrik milik SESB seluruh negeri.
Pengurus Besar (Perkhidmatan Korporat) SESB, Wan Maria Othman Lee berkata, kes berkenaan direkodkan sejak Januari lalu di beberapa daerah seperti Tuaran, Sepanggar, Tawau dan Kota Kinabalu.
Menurutnya, tindakan tidak bertanggungjawab itu telah mengakibatkan bekalan elektrik terputus selama berjam-jam dan menjejaskan aktiviti seharian penduduk di kawasan terbabit.
"Setakat ini, kita merekodkan tiga kejadian kecurian dengan anggaran kerugian berjumlah RM550,000. Kejadian pertama berlaku pada 19 Julai yang lalu di Tuaran dan Sepanggar.
"Berikutan itu, penduduk di situ bergelap hampir sejam selepas beberapa individu yang tidak dikenali membakar kabel bawah tanah 66 kilovolt (kV) milik SESB di Kampung Melawa, Sepanggar.
"Kali ini, kawasan Tuaran pula menjadi sasaran kegiatan tidak bertanggungjawab ini selepas kawasan Kota Kinabalu dan Tawau," katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.
Wan Maria berkata, dalam kejadian pukul 2.57 petang pada 6 Ogos lalu, beberapa individu yang tidak dikenali telah mencuri hampir keseluruhan komponen penyambungan SESB di pencawang elektrik SESB Pantai Dalit, Tuaran.
Menurutnya, tindakan tidak bertanggungjawab itu mengakibatkan bekalan elektrik terputus, sekali gus menjejaskan lebih 1,200 pengguna di Kampung Raganan, Jalan Mengkabong, Laya-Laya dan Terayung.
Beliau memberitahu, SESB menganggarkan kerugian sebanyak RM110,000 akibat kerosakan pada pencawang berkenaan.
Katanya, individu yang didapati melakukan kesalahan tersebut akan dikenakan tindakan mengikut Seksyen 379 dan 380, Kanun Keseksaan dan boleh dipenjara tujuh hingga 20 tahun atau kedua-duanya sekali.

No comments:
Post a Comment