Saturday, 9 July 2011

Industri kereta Jepun pulih kesan tsunami




PENGELUAR kereta Jepun kini mulai pulih daripada kesan negatif kemusnahan ekoran bencana gempa bumi dan tsunami yang melanda kawasan timur laut Jepun Mac lalu.

Timbalan Pengerusi UMW Toyota Motor Sdn Bhd, Takashi Hibi, berkata pengeluaran kereta sudah mulai berupaya mengatasi kelewatan pengeluaran seperti dialami dalam tempoh April hingga Mei susulan gangguan operasi.

“Kami mulai berada landasan pemulihan menjelang Jun,” katanya selepas dialog antara Persekutuan Dewan Perniagaan dan Industri Jepun di Asean (FJCCIA) dan Setiausaha Agung ASEAN, Dr Surin Pitsuwan di Kuala Lumpur, semalam.
Hibi, yang juga Pengerusi FJCCIA, berkata pada April, syarikat Jepun mempunyai kilang di ASEAN terpaksa memperlahankan operasi kerana malapetaka itu mencetuskan gangguan rantaian bekalan di seluruh dunia.

Keadaan itu, katanya, menyebabkan pengeluaran kereta Jepun dalam tempoh April hingga Mei lalu menurun pada peringkat global.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...