Friday 24 October 2014


Jualan telefon pintar di 7 negara ASEAN bernilai AS$16.4 bilion - GfK

SINGAPURA: Sejumlah 120 juta unit telefon pintar di jual di tujuh pasaran utama ASEAN iaitu Singapura, Malaysia, Thailand, Indonesia, Filipina, Vietnam dan Kemboja dalam tempoh 12 bulan hingga Ogos lalu.


Kaji selidik firma penyelidikan GfK mendapati, pemilikan telefon pintar di ASEAN sedang dalam arah aliran meningkat dengan permintaan memuncak untuk telefon pintar dan phablet dalam tempoh itu yang ditunjukkan menerusi peningkatan jualan sebanyak 44 peratus dan 22 peratus dari segi nilai berbanding tempoh sama tahun lalu.


Pengarah Akaun bagi Dunia Digital GfK Asia, Gerard Tan, berkata pasaran paling pantas berkembang dalam aspek jumlah jualan dalam tempoh 12 bulan lalu adalah Indonesia, Vietnam dan Thailand yang masing-masing berkembang sebanyak 70 peratus, 56 peratus dan 44 peratus.


Dari segi nilai jualan, yang paling pesat berkembang adalah Vietnam, Indonesia dan Thailand masing-masing sebanyak 52 peratus, 32 peratus dan 31 peratus berbanding tempoh sama tahun lalu.


"Pendorong utama kekukuhan prestasi pasaran terutama di negara sedang membangun adalah pengenalan model telefon pintar murah daripada pengeluar baharu China, menjadikan telefon pintar kini lebih mampu dimiliki.


"Telefon pintar murah diterima meluas di pasaran sedang membangun," katanya.


Indonesia adalah satu-satu pasaran di ASEAN yang mana telefon pintar jenama tempatan semakin popular, merangkumi 16 peratus daripada jumlah jualan dan tujuh peratus daripada nilai jualan di negara itu.


Dalam pada itu, jenama dari China semakin popular di Indonesia, Malaysia dan Vietnam yang mana jumlah perbelanjaan pengguna merangkumi 10 peratus daripada pasaran.


"Walaupun jenama antarabangsa mendominasi pasaran telefon pintar serantau, jenama China juga semakin kukuh. Jenama antarabangsa utama semakin kehilangan pasaran kepada jenama China kerana telefon pintar termasuk phablet dari negara itu dijual pada harga antara AS$50 (RM163) hingga AS$200 (RM654) seunit.


Lebih 345 jenama dari China kini dijual di ASEAN. Jenama dari China dijual pada harga kira-kira 58 peratus lebih murah daripada jenama antarabangsa yang dijual pada purata AS$253 (RM827) berbanding dari China, AS$159 (RM520) seunit.


GfK Group, yang ditubuhkan pada 1934 sebagai Gesellschaft für Konsumforschung adalah firma penyelidikan pasaran terbesar Jerman dan yang keempat terbesar dunia selepas Nielsen Company, Kantar Group dan Ipsos.

Sunday 31 August 2014


Zaman ini adalah zaman yang penuh mencabar terutama dari segi ekonomi. Ramai orang tertekan disebabkan kos sara hidup saban hari semakin meningkat. Statistik bilangan yang muflis / bangkrap juga semakin meningkat saban tahun. Kita tidak lagi boleh berharap dengan satu kerja sahaja untuk menjana pendapatan, jika dilihat orang di sekeliling kita, ramai yang sudah menceburi bidang lain samada MLM, dll untuk menjana pendapatan sampingan. Kalau tak, mana cukup dengan gaji yang sedia ada. Zaman kini kita kena bijak mencari kesempatan jika ingin hidup senang. http://www.onlinejobsfree.com/?id=1566073

Sunday 17 August 2014

41 telefon bimbit simpan 1 gram emas

LONDON - Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dalam satu laporan mengenai sisa elektronik menyatakan, sebanyak 1 gram emas digunakan dalam pembuatan 41 buah telefon bimbit, lapor Perbadanan Penyiaran British (BBC) kelmarin.
Pada bulan lalu, perkara serupa dinyatakan oleh Pesuruhjaya Eropah Tentang Alam Sekitar, Janez Potocnik.
"Terdapat emas dalam sisa buangan (telefon bimbit)," katanya ketika berucap membentangkan sasaran program kitar semula Kesatuan Eropah (EU).
"Sebanyak 1 tan bijih diperlukan untuk mendapatkan hanya 1 gram emas tetapi jumlah sama boleh diperoleh dengan mengitar semula 41 buah telefon bimbit," tambahnya.
Ketika diminta mengulas laporan PBB dan EU tersebut, firma teknologi di Brussels, Umicore dalam satu temu bual bersama BBC berkata, jumlah 1 gram emas itu terkandung dalam cuma 35 buah telefon bimbit.
Berdasarkan harga pasaran semasa, sebuah telefon bimbit mengandungi emas bernilai sekitar AS$1.67 (RM5.30).
Kesedaran itu mendorong Potocnik untuk menggesa program kitar semula lebih efektif melibatkan 600 juta tan bahan boleh diguna yang terkandung dalam sisa buangan di Eropah.
"Kami mencadangkan untuk menjadikan EU sebagai masyarakat tanpa pembaziran," katanya.
Mengulas isu sama seorang pakar Britain, Dave Holwell memberitahu, kira-kira 2,700 tan emas dihasilkan pada setiap tahun di seluruh dunia atau sekitar 7.4 tan sehari.
"Kita boleh mendapat jumlah sama dengan mengitar semula 300 juta telefon bimbit," katanya.


Budak 11 tahun atasi IQ Einstein, Hawking

LONDON - Seorang budak lelaki Britain, Boffin Ramarni Wilfred, 11, memperoleh markah tertinggi dalam satu ujian kecerdasan minda (IQ) sekali gus mengatasi IQ dua saintis ternama Stephen Hawking dan pengasas Microsoft, Bill Gates.
Markah yang diperoleh Boffin turut mengatasi kecerdasan saintis legenda, Albert Einstein.
Ujian Q itu diadakan oleh Mensa iaitu sebuah pertubuhan global dianggotai oleh mereka yang mempunyai IQ tinggi.
Boffin dikesan memiliki IQ tinggi apabila dia sudah boleh membaca ensiklopedia ketika masih bergelar anak kecil.
Dia memperoleh markah sebanyak 162 dalam ujian IQ Mensa berbanding Hawking dan Gates yang masing-masing mendapat 160 markah.
Semasa berusia 10 tahun, Boffin yang masih berada di sekolah rendah telah menulis esei falsafah untuk Universiti Oxford.
"Namun, dia masih seperti kanak-kanak lain. Anak saya gemar menonton saluran Disney dan membaca komik." kata ibunya, Anthea, 37 yang inginkan anaknya membesar sama seperti kanak-kanak lain.
Menurut Pengarah Eksekutif Mensa, John Stevenage, markah yang diperoleh Ramarni sangat baik dan menunjukkan dia mempunyai potensi yang hebat.
Ramarni yang kini berada di sekolah menengah berhasrat untuk melanjutkan pengajian ke Universiti Oxford dan bercita-cita untuk menjadi pakar astrofizik.


Tuesday 14 January 2014

Timbalan Menteri ditumbuk

RAWANG - Kira-kira 20 orang yang berada di pejabat Pusat Khidmat Ahli Parlimen Hulu Selangor di Bukit Beruntung dekat sini kelmarin tergamam menyaksikan P. Kamalanathan (gambar kecil) ditumbuk oleh seorang cikgu yang berang selepas mengesyaki Timbalan Menteri Pendidikan itu bersikap tidak wajar terhadap bapanya.

Kejadian pada pukul 2.30 petang itu dikatakan berlaku sebelum Kamalanathan yang juga merupakan Ahli Jawatankuasa Kerja Pusat MIC mengadakan mesyuarat bersama 20 anggota Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Hulu Selangor.

Sebelum memulakan mesyuarat, Kamalanathan, 48, yang juga Ahli Parlimen Hulu Selangor bersalaman dengan semua yang hadir.

"Semasa bersalaman itu datang seorang lelaki yang dikenali berusia 30 tahun untuk berjabat tangan dengan Kamalanathan tetapi lelaki itu dikatakan menggenggam kuat tangan Kamalanathan," kata sumber itu.

Kamalanathan yang merasakan ada sesuatu yang tidak kena bertanya mengenai tindakan lelaki itu sebelum cikgu itu bertanya Kamalanathan kenapa dia bersikap tidak wajar terhadap bapanya.

Serentak pertanyaan itu, lelaki yang mengajar di sebuah sekolah di Batang Kali dikatakan terus melepaskan satu tumbukan kuat ke leher Kamalanathan sebelum meninggalkan pusat khidmat itu.

Sumber itu memberitahu, siasatan polis mengesyaki suspek naik berang selepas beranggapan Kamalanathan bertindak mengusir bapanya yang juga bekas seorang guru besar yang datang berjumpa dengan mangsa semasa program pemeriksaan mata di pusat khidmat itu antara pukul 8 pagi hingga 2 petang pada hari sama.

"Semasa pertemuan itu, bapa suspek dikatakan memohon supaya menantunya (isteri suspek) yang bekerja sebagai guru Bahasa Inggeris di Batu Pahat, Johor ditukarkan ke Hulu Selangor.

"Bagaimanapun, Kamalanathan memberitahu, dia hanya boleh memberi surat sokongan dan tidak lebih daripada itu sambil menerangkan guru Bahasa Inggeris memang sukar untuk ditukarkan," kata sumber itu lagi.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...